nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Isnin, 18 Januari 2010

Kuih bakar Labu

Salam semua.......

Kesibukan yang teramat sgt melanda sempena naik sekolah ni....maklum semuanya nk disiapkan dgn segera...tu yang x sempat nak bertenet....anyway byk sebenarnya yg nk di n3kan...walau pun sibuk dgn tugas2 rutin seharian..namun dapur tetap berasap..tempahan alhamdulillah sentiasa ada....
Kuih bakar labu ni saja2 buat untuk makan sendiri....bila dah buat, bwk ke sekolah ada pulak yg mengordernya...jom kita tgk resepinya .... resepi tgk dr CMC yg terror memasak tu....minta izin c&p yek...

KUIH BAKAR LABU

(Bijan berterabur sbb lupa letak masa mula2 tu....letak masa dh setengah masak, tu yg jd bersepah tu....)

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum
180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.

2 ulasan:

Cik to Puan to Mummy berkata...

Akak, kuih bakar pun akak ada ambil tmpahan ke? bape ye?

Fa'e......Tmn Puteri Wangsa, Ulu Tiram Johor Bahru, Johor berkata...

ada dik...Rm20 satu loyang...gerenti sedap!!!:-)