nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Selasa, 30 Jun 2009

Salam untuk kak mila singapore.......

Salam kak mila....

Maaf lah coz lambat sikit jawab msg dr akak. Wekend lepas saya bawak student camping di desaru...so x sempat nak tgk blog.
Gembira dapat kenal gan akak....tentang kelas roti yang akak nak tu boleh je....akak tinggal email addres kat saya @ hantar e mail kat saya farisha_7502@yahoo.com. Atau akak boleh tinggal msg kat chatbox(chitchat) kat tepi blog saya tu ya....nanti kita contact2 ya n kita arrange masa yang sesuai untuk belajar.

Khamis, 25 Jun 2009

Bulan Rejab datang lagi........

Kelebihan bulan Rejab

Selamat menyambut bulan Rejab.....moga bertambah amalan....lama dah tak puasa, rasa seronok jugak berpeluang puasa pada 1 Rejab ni...bukan senang nak dapat....syukur alhamdulillah buat diriku yang serba kekurangan dan banyak dosa ni....meh kita hayati kelebihan bulan Rejab, agar dapat dijadikan sebagai ingatan dan pedoman....

Tengok...muka orang banyak wat salah!!!!

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Rabu, 24 Jun 2009

Kelas biskut dgn chef Nina...

mmmm....

Lama tak update blog ni......sori, 2 3 hari ni line celcom mcm problem je....line susah nak dapat....so malas la nak tunggu lama2 depan PC.
Nak cerita pasal kelas biskut dengan nina 2 minggu lepas....10 jenis biskut tp...satu jenis dah tertinggal disebabkan dok leka mengadun dan menerap biskut yg 9 jenis tu....kelas dari kul 12 tgh sampai 7.30 malam..... Balik masing-masing dah letih...tapi kelas ni best n menyeronokkan...jom tgk gambar2nya ya...







Ni gambar peserta bersama Nina....dapat sijil lagi u....lepas ni masing2 boleh bisnes kuih raya....

Ahad, 21 Jun 2009

PROJEK-PROJEK KU

Hai...hai...hai...

Banyak yg nak d n3 kan tp....busy la....hari minggu mcm ni br dpt relax2. Itu pun ada buku latihan budak yg di bwk balik x tanda lagi. Next week pulak (26-28/6) bawak budak camping ke Desaru....mmg tak ada kat rumah la 3 hari.
Nak n3 kan projek beberapa hari ni....1st....projek kuih apam strawbery...2nd... projek makan malam smlm n 3rd projek makan malam tadi...

1. PROJEK APAM STRAWBERRY

Resepi ambil dari mamafami, asalnya apam bluberry, tp cari perisa blueberry tak ada..so tukar strawberry la....thanks mama...best apam tu, anak2, huby n kawan2 kat school suka sangat....cantik,comel n sedap.


Apam yang comel dan gebu........


Close up dekat-dekat...wow!!!


Apam yang menjadi idaman...

Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cwn gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu kecil esen vanilla
1 cwn susu segar
2 cwn self raising flour
Jem blueberry/strawberry
Pewarna purple/ merah

Cara membuatnya
1. Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, ovallete, esen vanilla sampai kembang-putih.
3. Masukkan susu segar gaul sebati.
4. Masukkan tepung gaul sebati.
5. Bahgikan sedikit..letak pewarna.
6. Masukkan sesudu di dalam cup….letakkan jem…masukkan adunan lagi sampai penuh.
7. Kukus ><10-15 minit

2. PROJEK MAKAN MALAM SEMALAM

Disebabkan terlalu penat sgt...so, ini saja la mkn malam yg dapat dihidangkan semalam...chiken chop with sos chili gravy(hehe...sonang je), sour creme potato n cheese kacang panggang yeos....


Chiken chop....

3. PROJEK MAKAN MALAM TADI

Dah seminggu beli bahan nak buat roti ni, tertangguh sampai minggu ni....lagi pun tiba2 je tekak ni macam nak makan roti, so ptg semalam mula menguli...jom kita layan...


Cheese ring hotdog bun.....


Lihatlah betapa gebusnyer dia....


Leleh air liur ni.....


Ni pulak lebihan bun..hotdog habis..pastu buat sweet cheese bun...


Sedapnya......lembut n gebus


Satu ketul je dah kenyang.....jom makan...

Khamis, 18 Jun 2009

DURIAN vs AIR DURIAN......

DURIAN OH DURIAN..
lately, panas betul.....duk dalam kelas macam kena panggang rasanya.....tp dalam panas2 pun....masih memlantak durian lagi....huby tu bawak balik durian penuh satu boot kereta....apa lagi...aku dgn anak2 aku pun melantak la macam tak ingat dunia...
Ditambah lagi dengan air durian yang sedap sangat....semalam bawak gi sekolah satu jug...habis kawan2 minum. Depa dok tanya resepi air durian ni....tu kat bawah ada....
Air durian ni mengingatkan aku pada arwah mak....dia yang selalu suka buat air durian ni....Rindu sangat......rindu serindu rindunya......

air durian

Bahan-bahan:
6 ulas durian(lebih banyak lagi sedap la...)
1/2 tin susu pekat manis
1 jug air sejuk(dari peti sejuk)


Cara Buat:

1. Masukkan durian bersama dgn biji ke dalam jug.
2. Masukkan air sejuk.
3. Masukkan susu dan kacau.
4. Biarkan selama lebih kurang 1 jam supaya ia durian kembang dan lebih sedap.(Tapi, Kalau tak sabar2 nak terus minum pun, boleh jugak la....)

* Lebih sedap di minum sejuk..

Dah lepas minum air durian ni jangan lupa minum air masak kat pangsa kulit durian tu..kalau tidak ada yang tak boleh duduk kepanasan.....

Jumaat, 12 Jun 2009

Projek cuti sekolah...

Macam-macam je....

Hish...cuti sekolah 2 minggu rasa macam sekejap je....kerja banyak ni. PBS tak siap tanda lagi....baju sekolah (second edition)anak..... baru nak jahit....modul P&P.... for next class x buat lagi...arghhhh...tension2...
Tu la....dari hari tu dok rehat n santai2 je...so now.... kena stay up siapkan kerja2....hahaha...padan dengan muka aku!!!!!!
Hari jumaat pulak nak ke PG...sabtu maybe ada projek sikit kat sana....apa2 pun jom layan resepi projek cuti sekolah yg aku dapat dari resepi.net kalau tak silap,sori...lupa la.(ampun2....thanks pada yang empunya resepi...kuih yang sedap sangatttttt...) Kuih ni dah banyak kali dah aku buat n banyak kali bawak pergi school...siap ada member yang tempah lagi....Kuih yang jadi favorite familyku yang telah diubahsuai sikit......

Nagasari Cendol



Bahan-bahan
•400 g cendol - dicuci dan ditapis
•1/2 cawan tepung jagung
.1/2 cawan tepung beras
•1 sb tepung Hoen Kwee
•1 cawan gula pasir
•1 st garam
•1,700 ml santan - drpd 2 biji kelapa (klu guna santan kotak...500ml santan+1,200ml air)
•2 helai daun pandan - disimpul
•daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai

Cara-cara
1.Satukan tepung2,gula,garam,santan dan daun pandan di dlm periuk dan kacau rata. Masak atas api yg sedehana panasnya hingga pekat dan licin.

2.Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata.Matikan api dan keluarkan daun pandan.

3.Ambil 3 sb adunan dan bungkus dlm daun pisang yg disediakan tadi.Buat hingga habis. sejukkan pd suhu bilik dahulu.

4.Masukkan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.

5.Adunan ini juga boleh dibubuh dlm mangkuk2 plastik yg kecil.(Tapi tak sesedap dalam daun pisang la.....maklum....memori daun pisang..hehe...)

Rabu, 10 Jun 2009

Kelas membuat roti chef Ng...

Kelas roti...

Hari ini nak cerita tentang kelas membuat roti chef NG yang telah aku ikuti....banyak jugak la roti yan aku belajar.ada 10 jenis n extra 2 jenis lagi..meh jom tengok roti-roti yang telah aku and the group buat...Best kelas ni sebab kita dapat adun sendiri guna manual n machine...Kalau ada sesiapa yang nak belajar buat roti ni...bole la contact saya ya...tinggalkan mesej kat chat box k..jom kita tengok......












Isnin, 1 Jun 2009

Happy Holiday.......

Cuti....cuti...cuti...lama tak update blog...tak sempat sbb before cuti banyak sgt kerja kena settle. PBS budak-budak class last2 tu...yang memeningkan kepalo den. Dok cari budak2 suh settlekan kerja kursus, tapi lepas2 periksa ni...memang ramai la yang tak datang....Huhu....sedih tul! dia orang ni tak tahu yang kita ni semua nak tolong dia lulus periksa. Ini lah nasib cikgu2 sekarang....
Di rumah pulak habuk2 sedang menanti untuk dibelai2kan...arghhhhhh,,,tension2...
OoOOOOoooo.....Untuk hilangkan tension meh kita makan2 (huh makin bulat la muka den ni). Hari ni plan wat ciskek yang sedap sgt tu....c/p dari dapur kak umi yang terror memasak tu....thanks kak...Wat gan Olyn...(yg tlg lap2kan loyang). Jom....layan...

OREO CHEESE CAKE


Bahan:-
30 keping oreo cookies - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.