nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Khamis, 29 Oktober 2009

kerabu daun selom...

Salam...

Ada yang request resepi kerabu ni....bwk ke sekolah ari tu dia org suruh buat lagi...sedap katanya....Kwn2 kata sedap, sedap la agaknya....tp mmg sedap pun...hehe..Kalau x caya cuba la...resepi asal dari buku kerabu Sheila Rusly. Ubahsuai sikit supaya sesuai dgn family...Jom layan

KERABU DAUN SELOM



BAHAN-BAHANNYA :

1 ikat daun selom -dihiris kasar
1/2 biji lobak merah -dihiris memanjang
15 ekor udang hidup - kopek kulit dan celur dgn air panas
1/2 biji kelapa - disangan(goreng tanpa minyak)
4 ulas bawang merah
200g udang kering
sedikit belacan
5 biji cili padi(kalau nak pedas boleh ditambah)
2 biji lada merah
1 biji bawang besar
2 sudu(B) air limau nipis
garam,gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Goreng bawang kecil, cili padi, udang kering dan belacan dgn sedikit minyak.
2. Tumbuk bahan2 tadi, gaulkan dengan kelapa yang telah disangan.
3. Di dalam mangkuk, masukkan daun selom, lobak merah,udang hidup dan kelapa td.
4. Hiriskan bawang besar dan lada merah dan gaulkan sekali.
5. Perasakan dengan garam, gula dan akhir masukkan air limau nipis...gaul sebati.

Selasa, 27 Oktober 2009

Resepi Muffin pisang chip coklat...

Salam.....
Nak n3kan muffin pisang chip coklat ni....ramai dah menempahnya....Pn. Chan, penyelia petang sy pun ada menempah.....Thanks jugak pd Fadzilah yang dh repeat order muffin sy ni....Tuk kawan2....nah saya persembahkan....Resepi asal tgk masa jalan2 kat blog kak Umi Kuantan...sy tukar2 sikit...thanks kak umi yg menjadi sumber sy....

Muffin pisang Chip Coklat



Bahan-bahannya :

Bahan A :
1 3/4 cwn tepung gandum
1 sudu (k) baking powder
1 sudu (k) soda bikarbonat

Bahan B :
3/4 cwn gula castor
4 biji pisang emas

Bahan C :
1 biji telur
1 cwn susu UHT
1/3 cwn minyak masak ( sy guna minyak daisy soft blend-muffin lbh lembut mcm kat bread talk tu)
1 sudu (k) esen vanilla
1 sudu (k) esen pisang
secubit garam

Cara caranya:

1. Panaskan oven 180 c.
2. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan ayakkannya, ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, lenyekkan pisang dan gaulkan dengan gula castor. (bahan B)
4. Di dalam bekas lain juga, pukul telur sebati dan masukkan semua bahan c.
5. Curahkan bahan C ke dalam bahan A, gaul sebati menggunakan whisk.
6. Setelah sebati, gunakan senduk kayu dan masukkan bahan B tadi, gaul rata.
7. Masukkan adunan lebih sedikit daripada 1/2 cup muffin.
8. Akhir sekali taburkan coklat cip dan bakar lebih kurang 20 hingga 25 minit.

LDP demo muffin pisang n cream puff....

Aktiviti LDP minggu ni ada lain sikit....sebab???? Sy lak yang jd penceramahnya...hehe....Besar nya pangkat ku????? Bukan lah berceramah, tp cuma demo cara memasak makanan yg mudah di masak oleh rakan2 guru untuk anak2, huby n family....moga2 apa yang disampaikan dapat diberkati oleh Nya, insyallah... Resepinya??? Muffin pisang cip coklat n cream puff....Cream puff dah ada resepinya kat bawah tu...muffin??? nnt sy n3 kan ek.
Lepas penat masak...kita bersenam lak.....senam???? senam seni namanya. Saya salah seorang yang jadi lid kat depan tu bersama Wani,Fidah, Yana n Faiz....
Fuh!!!!penat jugak dibuatnya...berpoloh2....tp best jugak la ada gerak inang, zapin, silat cekak, hindi, cina n mcm2 lagi la.... Yg best lg semua rakan2 sporting nampaknya....Tq kepada rakan2 yang percaya dengan sy..... Kak Rafiah thanks la msg kat atas tu....apa2 prob bole jumpa sy ya...



Muffin yg telah siap masak di rumah untuk di bawa ke sekolah....bg kawan2 rasa...


Lihat la rupa ku.....muffin pisang chip coklat


Sedang memberi taklimat n tips2 memasak kepada rakan2....sebelah tu pembantu setia sy...Pn Norhafidah...thanks Fid...


Tgh letakkan coklat cip di atas muffin


jeng..jeng...jeng....ni tgh bersenam seni...


Tengok la rakan-rakan yang sgt sporting tu....Kak Hasnita, Kak Maziana yg lain2 tu x berapa clear la....anyway, thanks a lot.....

Khamis, 22 Oktober 2009

Cream Puff

Salam semua.....
Hari ni nak n3 kan aktiviti terlebih rajin saya hujung minggu....cream puff ni request dr kakak saya untuk majlis marhaban. Tak kira berapa kuantitinya ..maklum kakak yg order...so terlebih2 la sikit buatnya...Sumber...dari blog jugak, cuma x ingat dari sapa..Minta izin tuan punya resepi C&P yek...salam..ampun..ampun.
Untuk pengetahuan semua...cream puff ni adalah sejenis pastri jugak...dikenali sebagai pastri choux. Dulu masa kat MPTI (sekarang IPTI) ada belajar membuatnya, tp dah lama x buat...nasib baik 1st time cuba balik jadi....alhamdulillah.
CREAM PUFF



Bahan-bahan cream puff:
• 500 ml air
• 225g butter-suhu bilik -dipotong 1cm
• 300g tepung gandum- diayak
• 10 biji telur(500g)

Bahan-bahan filling :
. 2 cawan tepung kastad
. 4 cawan susu cair
. 4 cawan air
. 18 sudu makan gula

Cara-cara
1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 180 celcius. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm.
8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
9. Masukkan ke dalam oven sehingga masak @ keperangan. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

*Boleh juga guna cara ni: Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Cara membuat filling :
* Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak di atas api sederhana sehingga masak.(Nak tahu dah masak...klu rupanya berkilat...masak la tu)
* Belah tengah puff n pipekan filling ke dalamnya.


Selepas di pipe.....

Setelah keluar dari oven...

Siap utk dipersembahkan....

Selasa, 20 Oktober 2009

Happy Birthday....

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan happy Birtday kepada rakan baik saya pada hari selasa lepas....dan diucapkan juga kepada semua yang menyambut hari jadi pada bulan oktober ini...semoga berbahagia, panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Gambar2 bawah ni pula order2 dari rakan2..terima kasih kepada yang mengorder cheese tart :
sis nor 50 pcs,
Zarimi 50pcs,
Pn. Alia 50pcs,
kak Zalela 300pcs

Brownies :
Mr. Jega 1 box,
Nurullida 1 box


Brownies....

Cheese tart....

Happy Birtday kepada tuan punya kek..n thanks kepada yg mengorder....


Isnin, 19 Oktober 2009

aktiviti lepas2 tension....

Salam semua....banyak benar cerita yang nak din3kan...tp lately kemalasan yg teramat sgt menyebabkan semuanya tgh menunggu turnnya....
Kat bawah ni...gambar2 mengisi masa yang terluang sambil bakar lemak2 yg dah banyak terkumpul dalam bulan syawal ni..hehe....meh jom layan...


main apa ni? satu court sampai 6 orang????....


Posing...lepas main...(habis basah lecun satu badan ni)


Ni nak main ke nak berposing ni????hehe....

Ahad, 11 Oktober 2009

Kek birthday anak Dee n Nurin

Kek transformer kat bawah ni ditempah oleh Dee untuk anak sulungnya Irsyad Dzafran yg menyambut hari jadi yang ke 3. Majlis disambut berserta rumah terbuka hari raya minggu lalu...thanks sekali lagi Dee atas tempahannya....
Kek barbie tu pulak saja saya buat utk anak dara saya yang suka sangat dengan barbie tu....jom layan...




Jumaat, 9 Oktober 2009

Cupcake anak Dee n Anak Kak im lab....

Kek kat bawah ni diorder oleh Dee untuk birthday anaknya Irsyad dzafran....untuk dibawa ke nursery katanya...60cup semuanya..thanks Dee....CC birtday lagi satu tu untuk Hafidz anak kak Im lab....Bagus betul ibu sorang ni...siap delivery sendiri ke office anaknya di Perling....surprise birthday anak bujangnye....
Wahai anak...lihat la betapa banyaknya pengorbanan ibumu....hargailah ia....tiada apa yg membahagiakannya selain melihat kejayaan hidupmu...
thanks Dee n kak Im yang banyak support kerja2 saya...
Me kasih banyakkkkk.......................




Khamis, 1 Oktober 2009

MEE LEMAK UDANG WITH BALL

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua?....sy? alhamdulillah sihat...thanks pada yg x jemu mengunjungi blog ni. Nampaknya kebizian yg sesangat hampir kepenghujungnyer...hish..ye ke....ye la sikit, sbb next week student2 ku akan menghadapi PMR...Tp tah kenapa sy yang berdebar2...harap2 student2 semua dapat menjawab semua paper dgn tenang..insyallah...Kepada student2 ku...cikgu doakan yg terbaik untuk kalian..moga kalian dapat menghadapi peperiksan dengan tabah dan mendapat keputusan yg cemerlang...untuk 3 ALfa....100% A ya....sesungguhnya itulah hadiah yang terbaik untuk gurumu ini...
emmm...diam tak diam dah 12 hari kita menyambut hari raya....sana sini sibuk dgn open house...saya???? hehe..hari2 open....sapa2 nak dtg umah jemputlah.... sgt2 dialukan agar dapat mengukuhkan ukhwah sesama insan...
Dalam dok sibuk berhari raya sempat jugak mencuba ciptaan resepi terbaru sy ni....tp main campak2 je la...jom kita layan...

MEE LEMAK UDANG WITH BALL....


Bahan-bahannya
:
1 kg mee kuning ( dicelur dan ditoskan)
6 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
5 sudu lada giling
500 g daging
200 g udang kering
20 ekor udang besar (kalau nak letak lebih pun boleh)
10 biji bebola udang
10 biji bebola sotong ( dua benda ni nak letak lebih..ikut suka)
8 kpg tahu kering (dibelah 4)
1 liter santan dari sebiji kelapa
3 liter air rebusan daging
1 sudu sos sotong
garam dan gula secukupnya

Bahan hiasan:
taugeh
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya :
1.Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan uadang kering.
2.Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi hingga naik bau.
3.Masukkan lada giling,sos sotong, garam, gula dan tumis lagi sehingga masak.
4.Masukkan air rebusan daging berserta dagingnya, biar sehingga mendidih.
5.Kemudian masukkan santan dan bebola, biar mendidih dengan api kecil.
6.Akhir sekali masukkan udang dan tahu kering, biar lebih kurang 2 minit.
7.Tutup api, dan boleh dihidangkan bersama mee kuning yang telah dicelur tadi.