nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Sabtu, 26 Disember 2009

Apam Balik corn n peanut filling...

Aktiviti minum petang kali ni mini apam balik. Dah 2@3 kali ulang buat tp baru ni dapat n3 kan. Resepi asal dari kak Haneiliza yg terror memasak tu.Thanks kak, mmg sedap sgt n sy ubah2 sikit ikut kesuaian...hubby n anak2 pun suka. Buat satu adunan sekali ngadap je dah licin... panas2 nyum..nyum...hubby balik keje trus mengadap sorang.... Filling guna corn cream n ada yg saya letak kacang + gula.

APAM BALIK



Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B
2 cawan susu segar UHT @ [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Filling
kacang + gula pasir
@jagung cream

Cara
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan kacang+gula pasir atau jagung.
7. Lipat sapu dengan sedikit butter pada kulitnya dan hidangkan

Rabu, 23 Disember 2009

Birthday Kak ngah ke 58

Kek Happy birthday!!!

Kek 2 tingkat ni khas sy buat untuk kak ngah sy yg telah banyak berjasa kepada kami adik-beradik....Happy jer nampak kak ngah masa kami sambut birthday dia....
Happy birthday kak ngah moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.....


kek atas.....


kek sebelah bawah....


kek coklat strawberry...


si Zafran sibuk ikut memotong kek dgn mak ngah....

Selasa, 22 Disember 2009

CC hantaran

Salam semua...

Agak lama jugak sy x update blog ni...mcm2 hal berlaku...extn wayar kamera entah ghaib kemana... ditambah dgn kesibukan tempahan kek dan kuih yang sentiasa melanda...alhamdulillah...insyallah lepas ni sy akan sekerap minggu mengupdatenya....
Di bawah ni...cupcake hantaran yg ditempah oleh pengantin sendiri...norhayati Saliken...thanks yatie sbb percayakan akk....semoga bahagia ke akhir hayat hendaknya...


Jumaat, 11 Disember 2009

Roti hotdog@Pizza & Chicken floss bun


Anak2 request buat roti ni.... ingatkan cuti2 sekolah ni nak relax la sikit tp bila kita cuti, anak2 pun cuti, so ibu dia ni mcm tak cuti jugak la...mana taknya dari pagi sampai ke malam buat kerja rumah tak berhenti, ditambah pulak dok menjahit baju sekolah budak2 ni....huhuhu.....
Whatever saya tetap puas hati sbb dapat layan anak sepenuhnya. Cuti2 ni la nak merapatkan kami....
Roti ini uli pukul 5.30ptg tadi. Roti hotdog@pizza ni kegemaran anak2 & selebihnya saya buat chicken floss bun. Resepi???? jomlayan...

BAHAN DOH :-)
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softener
1 camca teh bread improver

BAHAN ISIAN & TOPPING :-)

6 - 8 sosej ayamas
mayonis secukupnya
sos chili/sos tomato secukupnya
Keju Mozarella secukupnya
sedikit oregano

BAHAN TOPPING CHICKEN FLOSS BUN

Chicken floss secukupnya
Mayonis secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
2. Seleps itu, bulat2 kan doh lebih kurang 20g, buat putaran dengan menggunakan tangan supaya mendapat bulatan doh yang licin. Ketepikan, buat sehingga doh habis.
3. Canaikan doh yang telah dibulat2kan tadi, memanjang dan gulungkan sosej ayam.
4. Gunting2kan gulungan tadi dan pintal seperti di dalam gambar di bawah.
5. Letakkan sos, mayonis dan keju mozarella dan bakar pada suhu 165C @ 180C bergantung kepada oven masing2.

UNTUK CHICKEN FLOSS BUN.

1. Ambil lebih kurang 20g doh dan bentukkan memanjang. Bakar di dalam oven.
2. Setelah masak, letakkan mayonis pada permukaan bun dan taburkan chicken floss, siap untuk dimakan....

Selepas dipintal....


Siap untuk dibakar....


Siap untuk dimakan....

Khamis, 3 Disember 2009

Kuih Tepung Gomak

Salam....

Seminggu lebih dah tak update blog.....busy dengan persediaan family day n family day kami pun baru lepas. Tak sempat lg nak upload gambar2nya...Nnt la bila free2 nnt sy uploadkan. So, ni petang td punya cerita....teringin nak makan kuih tepung gomak ni. Tepung kacang hijau ni, dah 2 minggu lepas beli rasanya tp, baru sekarang berkesempatan nak menggunakannya....minta maaf cik tepung....
Resepi dari tulip77 My resepi, sy minta izin c&p yek....jom layan..

Kuih Tepung Gomak
Sumber dari tulip77 MyResepi


Bahan-bahan:
300 gm tepung pulut
300 gm tepung kacang hijau

Bahan untuk inti:
150 gm gula merah
1/2 cawan gula putih
1 biji kelapa parut (putih)
1/2 sudu teh tepung gandum
1 helai daun pandan
sedikit garam

Cara-cara:
1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
2. Masukkan kelapa parut, 1/2 sudu teh tepung gandum dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
6. Masak air hingga mendidih dan masukkan adunan yang telah siap tadi.
7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka).
8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.