nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Memaparkan catatan dengan label Jom Cari makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Cari makan. Papar semua catatan

Khamis, 18 Jun 2009

DURIAN vs AIR DURIAN......

DURIAN OH DURIAN..
lately, panas betul.....duk dalam kelas macam kena panggang rasanya.....tp dalam panas2 pun....masih memlantak durian lagi....huby tu bawak balik durian penuh satu boot kereta....apa lagi...aku dgn anak2 aku pun melantak la macam tak ingat dunia...
Ditambah lagi dengan air durian yang sedap sangat....semalam bawak gi sekolah satu jug...habis kawan2 minum. Depa dok tanya resepi air durian ni....tu kat bawah ada....
Air durian ni mengingatkan aku pada arwah mak....dia yang selalu suka buat air durian ni....Rindu sangat......rindu serindu rindunya......

air durian

Bahan-bahan:
6 ulas durian(lebih banyak lagi sedap la...)
1/2 tin susu pekat manis
1 jug air sejuk(dari peti sejuk)


Cara Buat:

1. Masukkan durian bersama dgn biji ke dalam jug.
2. Masukkan air sejuk.
3. Masukkan susu dan kacau.
4. Biarkan selama lebih kurang 1 jam supaya ia durian kembang dan lebih sedap.(Tapi, Kalau tak sabar2 nak terus minum pun, boleh jugak la....)

* Lebih sedap di minum sejuk..

Dah lepas minum air durian ni jangan lupa minum air masak kat pangsa kulit durian tu..kalau tidak ada yang tak boleh duduk kepanasan.....

Rabu, 13 Mei 2009

Hari pening-pening lalat...

Dalam mamai2 dapat siapkan hotdog utk breakfast anak2...Lepas huby gi keje siap2 antar si zafran kat umah baby siter. Siap2 wat latihan poco-poco dgn geng2 school. Latihan utk hari guru isnin depan....1 jam wat dh berpeluh2....kepala lak macam mamai je...pening2 lalat...maklum biasa pagi2 mcm ni masih baring2 sebelah baby lagi.
Gi school ari ni, bengang dgn cikgu lelaki. hari tu, sibuk nak mogok utk sambutan hari guru. Tak nak join apa2..tup...tup dia org pulak keluar arahan mcm2....Hish2 tu la...klu dari hari tu, tak lancarkan mogokkan ok...Apa la kita nak berkira sangat dengan orang..Kalau org lain berkira biarlah....kita tetap kita....
Dalam dok mamai2...dapat satu lagi resepi yang senang dan nampak sedap..Dulu masa kat U...ada kelas masakan n nak buat resepi ni...tp..lecture kata mascarpone cheese tak ada, so cancel buat blackforest je...p resepi ni pakai cream cheese je...ok jugak kan...jom....layan...


Tiramisu (Biskut)
Sumber : kakliza - thanks kak..



Bahan A
24 keping biskut tiramisu - biskut saviourdi atau dikenali biskut tiramisu...ada jual kat bakery...rege rm8.50..<>48-50 kpg kot...
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli (mklang guna fresh cream)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko (mklang ayak sekali ngan nescafe)

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendideh

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.



Ahad, 10 Mei 2009

HARI ESOK...UNTUK KU...

Ni pulak kuih untuk breakfast sok....n jamu kwan2 kat school....
Resepi dapt dr blog zana gak tp aku tambah sikit bg sedap lg mcm arwah mak aku buat dulu2....Syiuk...terliur..

Kuih Bakar Pandan


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
2 cawan air pandan
2 cawan santan @ 2 cawan susu cair (1 tin - ideal lebih sedap...wah siap promote..nestle kena bg aku keuntungan sikit ni!)
5 biji telur
2 sudu besar marjerin@mentega(aku guna soft marjerin yg sapu kat roti tu.. sbb mentega dah habis)
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka-(Aku letak banyak lebih sedap bila makan bijan dia yg rangup tu.)

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati -(Boleh masukkan 1/2 dahulu klu blend x muat)
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..

ps.. kalau nak kurangkan bau 'keteluran' nye boleh boh sikit esen vanila..