nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Rabu, 13 Mei 2009

Hari pening-pening lalat...

Dalam mamai2 dapat siapkan hotdog utk breakfast anak2...Lepas huby gi keje siap2 antar si zafran kat umah baby siter. Siap2 wat latihan poco-poco dgn geng2 school. Latihan utk hari guru isnin depan....1 jam wat dh berpeluh2....kepala lak macam mamai je...pening2 lalat...maklum biasa pagi2 mcm ni masih baring2 sebelah baby lagi.
Gi school ari ni, bengang dgn cikgu lelaki. hari tu, sibuk nak mogok utk sambutan hari guru. Tak nak join apa2..tup...tup dia org pulak keluar arahan mcm2....Hish2 tu la...klu dari hari tu, tak lancarkan mogokkan ok...Apa la kita nak berkira sangat dengan orang..Kalau org lain berkira biarlah....kita tetap kita....
Dalam dok mamai2...dapat satu lagi resepi yang senang dan nampak sedap..Dulu masa kat U...ada kelas masakan n nak buat resepi ni...tp..lecture kata mascarpone cheese tak ada, so cancel buat blackforest je...p resepi ni pakai cream cheese je...ok jugak kan...jom....layan...


Tiramisu (Biskut)
Sumber : kakliza - thanks kak..



Bahan A
24 keping biskut tiramisu - biskut saviourdi atau dikenali biskut tiramisu...ada jual kat bakery...rege rm8.50..<>48-50 kpg kot...
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli (mklang guna fresh cream)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko (mklang ayak sekali ngan nescafe)

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendideh

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.



Tiada ulasan: