nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Selasa, 24 November 2009

Salam satu Malaysia....

Cuti sekolah kali ni rasa mcm best sikit sbb x sabar nak attend family day pada 29/12 - 1/12 di A Famosa Villa...x sabar nak jumpa adik beradik saya yang seramai 11 orang dengan anak buah yang mencecah 50 orang semuanya. Jom joint saya...
Apa2 pun kita tgk pic kat bawah tu... order dari sicantik manis Norazlin dari Kota Masai P.Gudang..ingat lagi tak dengan cupcake car brand hari tu...ha...dia lah yang order kek Happy Birthday Arsenal tu....eleh... Happy Birthday Arsenal konon, x nak letak nama...takut sgt kita tahu dia nak bagi sapa...hish2x apalah saya ni...menyibuk je hal orang...bukan menyibuk...tp nak ingatkan, maklum la... tahun depan dah masuk 30thn so...cepat2 la buat pilihan...anyway thanks a lot order kek span blueberry tu...dgr cerita delivery sendiri ke ofis buah hati ya???Then x sampai 10 minit dah licin....Fuh!!!nanti boleh la promote my homemade ya....(jangan marah Lyn...gurau2 je..)
Kek lagi satu tu....saya buat khas untuk majlis perpisahan Fida n Faiz yang akan berpindah mengikut huby ke Selangor....Huhu...sedih tul budak 2 orang ni x de kat sekolah....antara guru2 yang sangat baik hati & rajin.Suasana sedih n sebak di park kereta tempohari sungguh mengharukan...Akak ucapkan moga kalian serasi dan cemerlang di sekolah baru dan moga cepat2 dapat baby...Paling2 sedih bila si Fida salam n peluk saya sambil berkata harap2 dapat jumpa orang yang mcm akak kat sana nanti...huhu....lagi lah terharu.......(teringat2 lagu allahyarham Sudirman..."SALAM TERAKHIR")...Huhu...


Kek order dari Norazlin @ Olyn


Happy Birthday Arsenal????


Faiz n Fida.....miss u...

Sabtu, 21 November 2009

Puding Roti

Salam satu Malaysia...

cuti2 ni, lepak2 je sambil layan fb...mcm x de keje je kan....otak rasa lapang, kepala rasa ringan tp...tgk la satu dua hari lg, klu ada mood boleh la mula untuk settlekan kerja-kerja rumah n menjahit baju yang terbengkalai tu.
Hari ni nak n3kan resepi puding roti favorite family n rakan2. Masa buat makan2 kat sekolah ari tu, si cikgu Ariff request suh wat puding ni....mmm dh bg resepi ni, lepas ni kena la suruh wife buatkan ya....


Bahan-bahannya :

1 buku Roti potong (Gardenia classic panjang)
200g Butter
800ml Susu UHT
6 biji Telur
1 1/2 cwn Gula castor
2 sudu teh esen vanilla
sedikit kismis hitam & kuning
sedikit gula pasir(untuk ditabur diatas roti)

Cara-caranya :
1. Susunkan roti yang telah dibuang kulitnya di dalam loyang pembakar.(saya x buang pun...sayang la pulak sbb kulit tu la banyak khasiatnya...)
2. Pukul telur, esen vanilla dan gula castor di dalam bekas dengan menggunakan mixer hingga kembang.
3. Masukkan susu, pukul lagi sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan butter dan pukul lagi sehingga sebati.
5. Tuangkan bahan2 yang dipukul td ke dalam loyang yang telah disusun dengan roti td.
6. Akhir sekali, taburkan kismis & gula pasir di atasnya dan bakar pada suhu
180C selama lebih kurang 20 hingga 35 minit. Sedap dimakan panas2 @ sejuk....

Oreo cheesecake n CMC

Salam semua....

lama dah x update blog....sori la, maklum dh nak cuti sem akhir ni, tersangat la.... banyak kerja yg harus disettlekan. Apa-apa pun thanks kepada rakan2 yang masih lagi sudi berkunjung ke blog ini....
Horey...cuti sem akhir dah mula......banyak la kerja2 yg terbengkalai boleh disettlekan sepanjang cuti ni...Insyallah..
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 n family yang tidak jemu2 mengorder hasil bakery saya...terutama pengorder cheese tart n brownies yang tidak pernah putus setiap minggu...
Thanks jugak kepada ina yang mengorder oreocheese cake utk anniversarynya yang ke 4 n Fadzleena yang mengorder CMC untuk adiknya yang menyambut anniversary yang pertama....


CMC adik Fadzleena


Oreo Cheese cake Marina

Khamis, 12 November 2009

Sambal power enduk version kak Midah....

Salam semua....

Sambal ni request dari seorang rakan untuk cecah dgn ubi rebus katanya.....sambal ni sebenarnya nak cecah gan apa2 pun boleh aje...Biasanya kita mmg makan dgn ubi rebus pun...tp kali ni dgn jemput2 je....
Sambal ni diberi nama sambal power enduk sbb resepi asal ni sy dapat dari member saya yg nama panggilan manjanya..enduk....(hehe...jangan marah kak midah)
Apa2 pun...sambal ni mmg power....sapa2 yg dah makan mesti nak lagi n susah nak berhenti...yang makan sambil meleleh air mata pun ada...jom kita tgk resepinya...

Sambal Power Enduk...



Bahan-bahannya :

5 biji Bawang besar
200g ikan bilis
100g cili padi (dipatah 2)
air asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara-caranya :

1. Goreng bawang besar, ikan bilik dan cili padi.
2. Kisar bahan-bahan yang digoreng.
3. Perasakan dengan air asam, garam dan gula.

Rabu, 11 November 2009

Hi-tea 2009

Salam....
Hari ni nak cerita ttg Jamuan akhir tahun kebiru 2009 yang telah diadakan di Hotel Grand Paragon JB....Dah nama pun hotel Grand...so majlisnya pun grand la jugak...Gembira campur sedih jugak la....gembira sbb dapat berkumpul dgn semua guru-guru..(biasanya susah la nak happy2 mcm ni....maklum nak dapat jumpa semua 180 guru dalam satu2 masa bknnya senang kat sekolah ni). Sedih...sbb ada member2 baik yang dapat berpindah mengikut huby masing2...huhu....tuk fidah n faiz...thanks 4 everything....harap dapat teruskan silaturahim ni...insyallah....



Tempat wajib berposing...


Siti, Ila, Fida n saya....


Kenangan terakhir bersama fida....


Rabu, 4 November 2009

Kek anniversary .......order dr Fadzleena

kek ni diorder oleh Fadzleena untuk anniversary kedua org tuanya pd hari sabtu lepas. Tp kesian tul....lupa lak nak bekalkan pisau n lilin....sori Leena atas kealpaan akak.....apa2 pun thanks la sudi order kek ni....
Apa yg seronok....Leena ckp, family dia semua kata keknya sedap n lembut gebus......alhamdulillah... x de apa yg menggembirakan sy melainkan customer berpuas hati dgn hasil kerja saya....thanks sekali lg Leena...


Ahad, 1 November 2009

Roti jala blueberry..

Roti jala ni buat hari rabu last week. Terpandang kat blog kak Umi Kuantan, tekak ni gatal lak teringin nak makan. Terlanjur ada kari daging lebih semalam so, sy pun buat lah aktiviti terlebih rajin ni. Nasib baik si Zafran x meragam, klu tidak dgn dia2 sekali saya jala....
Bawak sikit ke school, kawan2 terkejut bila bukak tupperware, nampak roti jala warna blueberry ni. Mr huby kat umah pun tanya...apa benda ni???hehe...saja je bg nama roti jala blueberry sbb pewarna purple ni beli kat Bakewel Larkin. Cina kedai tu tulis warna blueberry so sy letak nama roti jala blueberry....kwang...kwang..kwang...jgn marah, kita yg buat dia, so suka hati kita la nak wat warna apakan??? Yg penting rasonyo sodapppppp..... Mintak izin c&P yek kak Umi...

ROTI JALA Blueberry


BAHAN-BAHANNYA :
400ml-500ml air (sesuaikan sendiri ek..jgn pekat sgt, jgn cair sgt)
200 ml susu cair
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh garam
sedikit pewarna blueberry (purple daa....)
2 sudu besar minyak - untuk melenser kuali (sy tak guna minyak, just guna
pan yang x melekat
2 helai daun pandan - untuk merenjis

CARA-CARA:-
1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
2. Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
3. Tuangkan susu, letak sedikit pewarna blueberry dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.
4. Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.(Sy x gunakan minyak, just guna pan Maxim yg x melekat)
5. Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.
6. Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.

Majlis tautan kasih UBK 2009

Majlis ni telah diadakan baru2 ni untuk mengeratkan silaturrahim n merangkap jamuan akhir tahun semua PRS sekolah yang telah diadakan di Hotel M-Suite JB (berdepan dgn Pantai Lido)
Seronok jugak.... thanks pada kaunselor sekolah yg sudi menjemput sy ke majlis ni. Apa yg paling istimewa dlm majlis ni, bole pulak sy ni menang gelaran guru paling sporting....sporting ke saya? entahlah...student2 yg vote, terima je la....jom kita layan gambar2 nya....


Sempat berposing.....


Bersama rakan2 n Ajk jamuan(student f5 n f6)


Sempat mengenakan si Siti Kamisah....ambik kau!


Sy n Wanie (cikgu sukan ni...single n available :) )