nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Ahad, 1 November 2009

Roti jala blueberry..

Roti jala ni buat hari rabu last week. Terpandang kat blog kak Umi Kuantan, tekak ni gatal lak teringin nak makan. Terlanjur ada kari daging lebih semalam so, sy pun buat lah aktiviti terlebih rajin ni. Nasib baik si Zafran x meragam, klu tidak dgn dia2 sekali saya jala....
Bawak sikit ke school, kawan2 terkejut bila bukak tupperware, nampak roti jala warna blueberry ni. Mr huby kat umah pun tanya...apa benda ni???hehe...saja je bg nama roti jala blueberry sbb pewarna purple ni beli kat Bakewel Larkin. Cina kedai tu tulis warna blueberry so sy letak nama roti jala blueberry....kwang...kwang..kwang...jgn marah, kita yg buat dia, so suka hati kita la nak wat warna apakan??? Yg penting rasonyo sodapppppp..... Mintak izin c&P yek kak Umi...

ROTI JALA Blueberry


BAHAN-BAHANNYA :
400ml-500ml air (sesuaikan sendiri ek..jgn pekat sgt, jgn cair sgt)
200 ml susu cair
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh garam
sedikit pewarna blueberry (purple daa....)
2 sudu besar minyak - untuk melenser kuali (sy tak guna minyak, just guna
pan yang x melekat
2 helai daun pandan - untuk merenjis

CARA-CARA:-
1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
2. Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
3. Tuangkan susu, letak sedikit pewarna blueberry dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.
4. Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.(Sy x gunakan minyak, just guna pan Maxim yg x melekat)
5. Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.
6. Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.

Tiada ulasan: