nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Ahad, 24 Mei 2009

Gelagat Amir Zafran

Hari ni nak tunjuk video clip gelagat zafran dari baby hingga 1 tahun. Yang dilahirkan pada 7/3/08 jam 1.15 tghari (azan zohor masa ni). Berat lahir 4.7kg....(semangat, sbb tu masa dh sarat x larat nak bgn....) Anak buah yang rajin rakam gelagat sikecik ni(olyn n yanti). Jom tengok....


Ni masa baru balik spital..hari kelima..kna tahan NICU sbb demam kuning


Ni pulak masa 2 bulan buat kenduri akikah n kesyukuran di rumah kak Bibah pasir gudang.


Ni masa gelagat masa umur 1 tahun......tgh bertasbih....moga menjadi anak yang soleh..insyallah...


Ini pulak 2 beradik (anak buah) cun aku yg paling best!(Olyn- baju merah n yanti baju peach -Anak dara lagi tu...) Camera women video2 kat atas tu...

Sabtu, 23 Mei 2009

Hari malas masak

SANTAI Lepak2.....

Hari ni kat rumah kakak kat Pasir gudang...biasa la, hujung minggu biasa duk kat sini. Kat sini dah macam kampung sefamily aku dah.Maklum orang dah x de mak bapak..(hik..hik..sedih tul!)
Seronok kat sini, banyak keje boleh buat. Maklum si kecik bujang aku tu ramai pengasuh kat sini. Aku pulak kadang2 tumpang2 masak, kadang2 tumpang2 makan je...hehe...
Pagi tadi balik aerobik, singgah kedai beli bahan nak wat kuih bakar. Kuih bakar lagi...hehe..maklum favorite hubby aku da....
Penat dari semalam tak hilang lagi...malam tadi gi poco-poco baru gi pasir gudang. Sampai PG dah kul 12.30mlm. Open blog dalam kul 1.15. Baru bukak laptop mata dah kelat semacam je...last2 tertido depan laptop.
Petang nanti ingat nak cari bahan untuk wat cheese tart lak. Esok wat,monday nak jamu kwn2 kat schol tu. Dapat resepi dari blog nina...ooo...best la nina ni pandai memasak n pandai cari duit..Ingat nanti nak ikut juga kelas nina wat kek,cupcake,tart n frozen food.....Pastu bole la jual kat schol aku tu (haha...berangan).schol aku tu, jual apa je la...smua laku. Baru-baru ni cikgu2 chineese kat schol aku suruh aku masak n jual kat dia orang....hahaha....ketawa besar aku,Dia orang tak tahu yg aku setiap hari berperang kat dapur gan si zafran ni. Kalau tak ada sibujang kecik aku ni takpe la....nak masak untuk makan sendiri pun kelam kabut dibuatnyer...
Jom kita tengok resepi cheese tart ni....layan...

Sumber: Rinnchan FP

BLUEBERRY CHEESE TART


Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila

cara membuatnya:
- Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
- Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat.
- Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
- Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:

250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya

cara membuatnya:
- Pukul cheese dan telur hingga sebati.
- Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
- Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
- Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya.
- Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
- Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.

Jumaat, 22 Mei 2009

HARI MAKAN DESSERT....

Hari ini makan desert....

Hamper menang main bola jaring hari tu mcm2 isinye... antaranya ada london roll, mix fruit dlm tin...so member2 suruh i wat triffle...dapat makan puas2....
resepi ada kat bawah...jom..layan...

PUDING TRIFFLE



Bahan-bahan
• 1 tin susu cair
• 1/2 sd besar gula
* 1/2 sd kecil garam
• 4 sd besar tepung kastard
• 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
• 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya@ bole guna
buah segar spt strawberry, kiwi, laici dll.
• 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
• 1 mangkuk air panas
* London roll secukupnyer (bole pakai kek roll biasa jgk)tp pki london roll
gerenti sedap!

Cara-cara
1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Rabu, 20 Mei 2009

Selamat Hari Guru Cikgu2....

Hari Guru....buat guru-guru yang berjuang mendidik anak2 yang begitu mencabar....

Selamat hari guru buat semua guru-guru ....Tahniah kerana dapat berjuang menjadi pendidik yang tidak gentar dengan pelbagai cabaran yang datang di zaman teknologi ini. Kalau dulu cuma tentera n polis je yang berjuang tapi now cikgu2 lebih2 lagi kena berjuang menghadapi karenah anak2 didik n makbapaknya sekali lo....(exspecially for sekolah harian biasa la.....Nak kena ready mental n fizikal yang kuat supaya tak dapat high blood pressure n sakit mental...
Tiap-tiap tahun sambut hari guru...tahun ni paling best dapt join semua aktiviti...poco-poco, sukaneka, bola jaring n paling best dapt APC lo....Tahniah jgk wat kawan2 lain yang dapat....kak ros n ustazah zubaidah . Moga akan lebih meningkat produktiviti....Tingkatkan prestasi..kurangkan kontroversi..haha...jom layan gambar2 hari guru....



Rabu, 13 Mei 2009

Hari pening-pening lalat...

Dalam mamai2 dapat siapkan hotdog utk breakfast anak2...Lepas huby gi keje siap2 antar si zafran kat umah baby siter. Siap2 wat latihan poco-poco dgn geng2 school. Latihan utk hari guru isnin depan....1 jam wat dh berpeluh2....kepala lak macam mamai je...pening2 lalat...maklum biasa pagi2 mcm ni masih baring2 sebelah baby lagi.
Gi school ari ni, bengang dgn cikgu lelaki. hari tu, sibuk nak mogok utk sambutan hari guru. Tak nak join apa2..tup...tup dia org pulak keluar arahan mcm2....Hish2 tu la...klu dari hari tu, tak lancarkan mogokkan ok...Apa la kita nak berkira sangat dengan orang..Kalau org lain berkira biarlah....kita tetap kita....
Dalam dok mamai2...dapat satu lagi resepi yang senang dan nampak sedap..Dulu masa kat U...ada kelas masakan n nak buat resepi ni...tp..lecture kata mascarpone cheese tak ada, so cancel buat blackforest je...p resepi ni pakai cream cheese je...ok jugak kan...jom....layan...


Tiramisu (Biskut)
Sumber : kakliza - thanks kak..



Bahan A
24 keping biskut tiramisu - biskut saviourdi atau dikenali biskut tiramisu...ada jual kat bakery...rege rm8.50..<>48-50 kpg kot...
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli (mklang guna fresh cream)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko (mklang ayak sekali ngan nescafe)

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendideh

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.



Selasa, 12 Mei 2009

HARI YANG MENGANTUKKAN......

Budak2 dah mula peksa mid year hari ni....Bosan tunggu budak2 ni. Ngantuk giler.. Nasib 2 waktu awal ada meting kantin...tp meting pun ngantuk jugak...
Aku curi-curi tanda kerja kursus budak supaya tak ngantuk sangat....Yg bengang nyer budak2 ni paper BM2 2 jam...dia bole siap 1/2 jam je..hish2 terror betul budak2 ni..
Balik, intai2 resepi kat FRD yati dpt satu resepi yg agk menarik... Thanks yati...Bole dicuba ni...jom...layan....

APAM ICE CREAM
Sumber: Pisceslady @ Yati (FRD)



Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 cawan gula pasir
1 cawan ice-cream soda
1 sudu essence rose -kdg buh perisa strawberry
Pewarna-kdg pakai 3 warna
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh Ovalette}

Kaedah penyediaan :
1. Pukul telur + gula hingga kembang
2. Masuk tepung dan kacau sebati, + ovalette
3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 warna.
5. Bubuh adunan selang-seli.
6. Kukus 15-20 min.

Nota: Boleh dikukus dialam loyang @ gunakan casing muffin.

Ahad, 10 Mei 2009

HARI ESOK...UNTUK KU...

Ni pulak kuih untuk breakfast sok....n jamu kwan2 kat school....
Resepi dapt dr blog zana gak tp aku tambah sikit bg sedap lg mcm arwah mak aku buat dulu2....Syiuk...terliur..

Kuih Bakar Pandan


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
2 cawan air pandan
2 cawan santan @ 2 cawan susu cair (1 tin - ideal lebih sedap...wah siap promote..nestle kena bg aku keuntungan sikit ni!)
5 biji telur
2 sudu besar marjerin@mentega(aku guna soft marjerin yg sapu kat roti tu.. sbb mentega dah habis)
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka-(Aku letak banyak lebih sedap bila makan bijan dia yg rangup tu.)

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati -(Boleh masukkan 1/2 dahulu klu blend x muat)
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..

ps.. kalau nak kurangkan bau 'keteluran' nye boleh boh sikit esen vanila..

SAMBUTAN HARI IBU......

Sambutan hari ibu.....Masak nasi ayam n choc moist dgn anak buah aku...Olyn n Yanti...
Sian yanti sampai tangan kena periuk panas menolong di dapur....

Dapat satu resepi dari dapur zana.....Mable cheese brownies macam sedap je....
Bole cuba utk hari ibu ni....

MARBLE CHEESE BROWNIES



Bahan2 brownies:
250gm mentega
1 cawan (85gm) serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cawan (340gm) gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan (170gm) tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt esen vanila

Bahan2 cream cheese:
250gm philadelphia cream cheese
1 cawan (225gm) gula kastor
1 biji telurcara:
cara membuat brownies:
1. ayakkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat. ketepikan
2. griskan tin 10"x10" dan lapikkan dengan parchment paper. ketepikan
3. masukkan mentega ke dalam mangkuk tahan panas dan cairkan
4. kemudian masukkan serbuk koko dan kacaukan rata (pastikan adunan tidak berbentil)
5. sementara itu pukul gula dan telur dengan menggunakan whisker sehingga sebati
6. tuangkan ke dalam adunan koko tadi dan kacau rata
7. masukkan susu cair dan kacaukan sebati
8. setelah itu masukkan tepung dan kacaukan sebati
9. akhir sekali masukkan esen vanila dan kacaukan rata
10.ketepikan beberapa sudu besar (agak2lah) adunan untuk di paipkan ke atas cream cheese
tuangkan ke dalam tin kek dan ratakan
11. bakar pada suhu 175C selama 20-25 min

cara membuat cream cheese:
1. pukul cream cheese sehingga gebu
2. kemudian masukkan gula dan pukul lagi
3. akhir sekali masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
4. setelah brownies masak keluarkan dari oven dan tuangkan adunan cream cheese ke atasnya
ratakan
5. kemudian paipkan adunan brownies yang telah diketepikan tadi ke atas cream cheese
6. lorekkan dengan menggunakan batang mancis ikut pattern yang disukai
7. setelah siap bakar lagi selama 15 min atau sehingga masak
8. keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuka barulah dipotong


LEPAS TU BOLE LAH KENDURI MAKAN.....

APA ADA PADA LAGU?


Dh kul 2.32pg...mata tak ngantuk lg....tgh layankan lagu ayat2 cinta dr Rossa...Best jugak lagu ni... jom kita layan sarikatanyer...

Rossa - Ayat-Ayat Cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

reff:

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan........


hik..hik...sedihnyer...felowk shiump utk yg memahaminyer....



MY BABY UUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.....

HARI INI HARI IBU......selamat hari ibu


Aku umur 2 tahun


Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari...... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


meleleh air mata aku...rasa banyak sangat pengorbanan & kasih sayang mak dan banyaknya dosa aku pada mak...huhu...mak A*** mintak maaf banyak2...A*** sayang sangat2 kat mak



SELAMAT HARI IBU......UNTUK IBU ku...RUKIAH SIDEK....Moga rohmu dicucuri rahmat dan bersama orang2 yg soleh dan beriman..

Sabtu, 2 Mei 2009

Hari ini dalam kerinduan.....

Salam.... Rindu sangat nak menulis tapi...x de masa. Last week sibuk dgn hantar student bola baling...Seminggu x de kat sekolah....Pagi sampai petang. Penat tapi seronok tengok student2 ku berjuang... Tahniah buat dia orang dengan latihan hanya 3 hari dapat tempat ke 4 dari 16 buah sekolah. Sorang dari student aku Siap dapat penjaring gol terbanyak lak tu...16 gol. Tahniah Ain! i'M PROUD WITH U...
Banyak lagi yang aku kena belajar la....blog pun x sempat nak up date. Whatever, hari ni dapat respi baru....tu ada kat bawah...nak try mcm sedap je...




Pic atas tu masa birthday Zafran 1 tahun ...7/3/09

Marble mocha cheese cup cake

Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1.Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2.Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla (Kita tambah 1 s/k maccha yg dibancuh dgn 1 s/b air suam)

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata. Cara-

cara:
1.Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2.Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3.Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.