nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Jumaat, 22 Mei 2009

HARI MAKAN DESSERT....

Hari ini makan desert....

Hamper menang main bola jaring hari tu mcm2 isinye... antaranya ada london roll, mix fruit dlm tin...so member2 suruh i wat triffle...dapat makan puas2....
resepi ada kat bawah...jom..layan...

PUDING TRIFFLE



Bahan-bahan
• 1 tin susu cair
• 1/2 sd besar gula
* 1/2 sd kecil garam
• 4 sd besar tepung kastard
• 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
• 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya@ bole guna
buah segar spt strawberry, kiwi, laici dll.
• 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
• 1 mangkuk air panas
* London roll secukupnyer (bole pakai kek roll biasa jgk)tp pki london roll
gerenti sedap!

Cara-cara
1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Tiada ulasan: