nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mee. Papar semua catatan

Khamis, 1 Oktober 2009

MEE LEMAK UDANG WITH BALL

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua?....sy? alhamdulillah sihat...thanks pada yg x jemu mengunjungi blog ni. Nampaknya kebizian yg sesangat hampir kepenghujungnyer...hish..ye ke....ye la sikit, sbb next week student2 ku akan menghadapi PMR...Tp tah kenapa sy yang berdebar2...harap2 student2 semua dapat menjawab semua paper dgn tenang..insyallah...Kepada student2 ku...cikgu doakan yg terbaik untuk kalian..moga kalian dapat menghadapi peperiksan dengan tabah dan mendapat keputusan yg cemerlang...untuk 3 ALfa....100% A ya....sesungguhnya itulah hadiah yang terbaik untuk gurumu ini...
emmm...diam tak diam dah 12 hari kita menyambut hari raya....sana sini sibuk dgn open house...saya???? hehe..hari2 open....sapa2 nak dtg umah jemputlah.... sgt2 dialukan agar dapat mengukuhkan ukhwah sesama insan...
Dalam dok sibuk berhari raya sempat jugak mencuba ciptaan resepi terbaru sy ni....tp main campak2 je la...jom kita layan...

MEE LEMAK UDANG WITH BALL....


Bahan-bahannya
:
1 kg mee kuning ( dicelur dan ditoskan)
6 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
5 sudu lada giling
500 g daging
200 g udang kering
20 ekor udang besar (kalau nak letak lebih pun boleh)
10 biji bebola udang
10 biji bebola sotong ( dua benda ni nak letak lebih..ikut suka)
8 kpg tahu kering (dibelah 4)
1 liter santan dari sebiji kelapa
3 liter air rebusan daging
1 sudu sos sotong
garam dan gula secukupnya

Bahan hiasan:
taugeh
bawang goreng
daun sup

Cara-caranya :
1.Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan uadang kering.
2.Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi hingga naik bau.
3.Masukkan lada giling,sos sotong, garam, gula dan tumis lagi sehingga masak.
4.Masukkan air rebusan daging berserta dagingnya, biar sehingga mendidih.
5.Kemudian masukkan santan dan bebola, biar mendidih dengan api kecil.
6.Akhir sekali masukkan udang dan tahu kering, biar lebih kurang 2 minit.
7.Tutup api, dan boleh dihidangkan bersama mee kuning yang telah dicelur tadi.

Rabu, 2 September 2009

1st n3 juadah berbuka...

Salam semua...
Dah masuk 11 hari kita berpuasa, baru hari ni berkesempatan nak n3 kan juadah2 yg dibuat untuk berbuka puasa....sikit2 la ya...maklum cuti sekolah, masak pun cuti la (boleh gitu???)...Lagi pun dalam sebelas hari ni, berapa hari je la kami satu family berbuka di rumah....Sibuk cerita berbuka, amal ibadat macam mana? Tepuk dada tanya la diri kita....Moga2 apa saja yang kita lakukan di hari baik dan bulan baik ini diberkati dan diredhai oleh Nya...Amin...Jom kita layan menu hari pertama berbuka di rumah...Mee Hoon Sup Tulang Utara.

Mee Hoon Sup tulang Utara

Bahan-bahan sup:

1 kg tulang lembu(tulang rusuk lg best)
8 biji bawang merah*
9 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar*
2 sb jintan kasar*
1 sb jintan halus*
2 inci halia*
1 btg kayu manis
4 ktm bunga lawang
4 biji tomato
1 btg lobak merah
3 btg seleri
sedikit serbuk lada sulah
garam secukupnya
gula, bahan perasa (optional- klu yg x pakai bahan perasa, masukkan sedikit gula)

Bahan hidangan:
1 bungkus Mee Hoon-(dicelur dgn air panas + dgn sedikit serbuk kunyit)
Daun sup
taugeh
bawang goreng
sambal kicap
limau nipis

Cara-cara:

1. Rebuskan tulang sehingga lembut dagingnya, ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda *,panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dgn kayu manis serta bunga lawang sehingga kekuningan.
3. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk sup, kacau seketika.
4. Masukkan garam, gula/bahan perasa n lobak merah.
5. Akhir sekali masukkan tomato n batang seleri. Tutup api dan hidangkan dgn bahan2 hidangan dan perahkan sedikit limau nipis untuk rasa yg lebih ummmph!!!




MEE HOON SUP TULANG UTARA Ummph....