nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Khamis, 29 Oktober 2009

kerabu daun selom...

Salam...

Ada yang request resepi kerabu ni....bwk ke sekolah ari tu dia org suruh buat lagi...sedap katanya....Kwn2 kata sedap, sedap la agaknya....tp mmg sedap pun...hehe..Kalau x caya cuba la...resepi asal dari buku kerabu Sheila Rusly. Ubahsuai sikit supaya sesuai dgn family...Jom layan

KERABU DAUN SELOM



BAHAN-BAHANNYA :

1 ikat daun selom -dihiris kasar
1/2 biji lobak merah -dihiris memanjang
15 ekor udang hidup - kopek kulit dan celur dgn air panas
1/2 biji kelapa - disangan(goreng tanpa minyak)
4 ulas bawang merah
200g udang kering
sedikit belacan
5 biji cili padi(kalau nak pedas boleh ditambah)
2 biji lada merah
1 biji bawang besar
2 sudu(B) air limau nipis
garam,gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Goreng bawang kecil, cili padi, udang kering dan belacan dgn sedikit minyak.
2. Tumbuk bahan2 tadi, gaulkan dengan kelapa yang telah disangan.
3. Di dalam mangkuk, masukkan daun selom, lobak merah,udang hidup dan kelapa td.
4. Hiriskan bawang besar dan lada merah dan gaulkan sekali.
5. Perasakan dengan garam, gula dan akhir masukkan air limau nipis...gaul sebati.

Tiada ulasan: