nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Selasa, 27 Oktober 2009

Resepi Muffin pisang chip coklat...

Salam.....
Nak n3kan muffin pisang chip coklat ni....ramai dah menempahnya....Pn. Chan, penyelia petang sy pun ada menempah.....Thanks jugak pd Fadzilah yang dh repeat order muffin sy ni....Tuk kawan2....nah saya persembahkan....Resepi asal tgk masa jalan2 kat blog kak Umi Kuantan...sy tukar2 sikit...thanks kak umi yg menjadi sumber sy....

Muffin pisang Chip Coklat



Bahan-bahannya :

Bahan A :
1 3/4 cwn tepung gandum
1 sudu (k) baking powder
1 sudu (k) soda bikarbonat

Bahan B :
3/4 cwn gula castor
4 biji pisang emas

Bahan C :
1 biji telur
1 cwn susu UHT
1/3 cwn minyak masak ( sy guna minyak daisy soft blend-muffin lbh lembut mcm kat bread talk tu)
1 sudu (k) esen vanilla
1 sudu (k) esen pisang
secubit garam

Cara caranya:

1. Panaskan oven 180 c.
2. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan ayakkannya, ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, lenyekkan pisang dan gaulkan dengan gula castor. (bahan B)
4. Di dalam bekas lain juga, pukul telur sebati dan masukkan semua bahan c.
5. Curahkan bahan C ke dalam bahan A, gaul sebati menggunakan whisk.
6. Setelah sebati, gunakan senduk kayu dan masukkan bahan B tadi, gaul rata.
7. Masukkan adunan lebih sedikit daripada 1/2 cup muffin.
8. Akhir sekali taburkan coklat cip dan bakar lebih kurang 20 hingga 25 minit.

1 ulasan:

Puteri Sepi berkata...

nmpk mcm sedap. saya nak try buat lah!

:)