nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Isnin, 1 Jun 2009

Happy Holiday.......

Cuti....cuti...cuti...lama tak update blog...tak sempat sbb before cuti banyak sgt kerja kena settle. PBS budak-budak class last2 tu...yang memeningkan kepalo den. Dok cari budak2 suh settlekan kerja kursus, tapi lepas2 periksa ni...memang ramai la yang tak datang....Huhu....sedih tul! dia orang ni tak tahu yang kita ni semua nak tolong dia lulus periksa. Ini lah nasib cikgu2 sekarang....
Di rumah pulak habuk2 sedang menanti untuk dibelai2kan...arghhhhhh,,,tension2...
OoOOOOoooo.....Untuk hilangkan tension meh kita makan2 (huh makin bulat la muka den ni). Hari ni plan wat ciskek yang sedap sgt tu....c/p dari dapur kak umi yang terror memasak tu....thanks kak...Wat gan Olyn...(yg tlg lap2kan loyang). Jom....layan...

OREO CHEESE CAKE


Bahan:-
30 keping oreo cookies - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Tiada ulasan: