nuffnag

Halaman

my xtvt

ana muslimah


wallpaper

Khamis, 16 April 2009

Elektronik

LITAR BERSEPADU (INTEGRATED CIRCUIT –I.C.)





* Digunakan di dalam peralatan elektrik spt. Komputer,
kamera digital, radion & televisyen.
* Dikenali sbg litar terkamil.
* Ia terdiri daripada beberapa komponen elektronik spt. transistor,
diod, perintang tetap, kapasitor yg diperbuat dr bhn semikonduktor.
* Komponen-komponen ini membentuk suatu litar lengkap @ separa
lengkap.
* Dimuatkan dlm satu kepingan silikon bersaiz kecil – CIP SILIKON
(cip mikro)
* Cip ini ditutup dgn perumah plastik @ logam untuk melindungi cip
cip silikon drpd rosak.
* Saiz kecil menghasilkan haba sedikit dalam litar & menjimatkan byk
ruang dalam peralatan elektrik.
* Wayar emas diguna utk menyambung litar bersepadu pd cip silikon kpd pin-pin I.C.
* Setiap pin menyambungkan I.C dgn litar luar.
* Bentuk I.C bergantung pd fungsi & jumlah pin yg terdpt pd komponen tsbt.



* Terdapat tanda separa bulat yg dinamakan takik (notch) dan titik pada permukaan
utk mengenal pasti nombor bg setiap pin.

* I.C dilabelkan dgn huruf & nombor spy mudah dikenali.
* Maklumat I.C diperolehi drpd lembaran data.

Jenis & Fungsi I.C

I.C 555




* Digunakan sbg PEMASA di dalam alat elektronik.
* Mempunyai 8 pin.



I.C disimpan dlm plastik antistatik @ span

I.C Muzik



* Berfungsi untuk mengeluarkan irama pd peralatan elektronik.
* Mempunyai 3 tamatan.
* Perbezaan I. C muzik dgn transistor boleh dilihat pd nombor yg tercetak pd badan I.C muzik.
* I.C muzik yg biasa digunakan BT 66T @FT 66T.
* Irama yg dikeluarkan berbeza mengikut nombor@ jenis I.C muzik.



LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN I.C

1. Pastikan I.C tidak berada di soket I.C semasa memateri utk mengelakkan haba dr merosakkan I.C.
2. Pastikan pematerian dilakukan pd pin soket I.C
3. Pastikan nilai voltan dan arus pemateri sesuai dgn voltan & arus I.C.
4. Pematerian hendaklah dilakukan dgn betul spy tidak berlaku litar pinta.
5. Pasangkan I.C ke dlm soket I.C selepas kerja pematerian selesai.
6. I.C hendaklah di simpan di dlm bekas plastik antistatik @ di benamkan pd span utk elak pin-pin I.C drp bengkok.

SUIS MIKRO

*Sejenis suis yang mempunyai 3 kaki(tamatan):
-COM (common)
-NO (nomally open)
-NC (nomally close)
*Berfungsi sbg suis tekan buka @ tekan tutup.
*Suis akan berfungsi sbg suis tekan tutup bila pematerian dilakukan pd kaki COM & NO
*Suis akan berfungsi sbg suis tekan buka bila pematerian dilakukan pada kaki COM & NC

MIKROFON


Simbol mikrofon


Binaan mikrofon jenis gegelung bergerak dan jenis pemuat


Binaan mikrofon jenis karbon

* Transduser – komponen elektrik yg berfungsi menukarkan suatu bentuk tenaga kpd bentuk tenaga yg lain. Cth: mikrofon & pembesar suara.
* Mikrofon menukarkan gelombang bunyi kpd arus elektrik.
* Pembesar suara pula menukarkan tenaga elektrik kpd tenaga bunyi.

Jenis Mikrofon:

i. Jenis karbon
ii. Jenis gegelung bergerak
ii Jenis pemuat

Langkah-langkah keselamatan penggunaan mikrofon

1. Jauhkan mikrofon drp punca magnet
2. Elakkan daripada mengetuk @ meniup mikrofon
3. Keluarkan bateri drpd mikrofon apabila tidak digunakan

Pembesar suara

* Digunakan dalam radio, televisyen, komputer dsb.
* Dilabelkan dgn nilai impedans & kadaran kuasa.
* Nilai impedans dinyatakan dlm unit ohm.
* Kadaran kuasa dlm unit watt.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN :

1. Elakkan daripada terjatuh.
2. Elakkan pematerian yang salah iaitu tidak mengikut kekutuban yg betul
3. Elak diafragma drp terkena air

Binaan pembesar suara

* Gegelung dililitkan pd kertas keras & dilekatkan pd hujung diafragma.
* Sela udara memberi ruangan utk gegelung bergetar.
* Kerangka berfungsi memegang diafragma spy tidak tertanggal.

BAGAIMANA PEMBESAR SUARA BERFUNGSI

* Arus elektrik mengalir ke pembesar suara melalui tamatan & seterusnya mengalir ke gegelung.
* Gegelung yg berarus bertindak sbg elektromagnet & menghasilkan medan magnet.
* Medan magnet ini bertindak balas dgn medan magnet yg dihasilkan oleh magnet kekal.
* Daya tolakan yg terhasil menyebabkan gegelung menolak diafragma & diafragma bergetar.
* Daya tolakan ini berlaku berterusan & getaran diafragma menghasilkan gelombang bunyi.

Membaca & Menterjemah Lukisan Skematik

1. Lukisan skematik-menggambarkan susunan komponen-kompenen lektronik bg projek melalui simbol-simbol.
2. Simbol-simbol disambung antara satu sama lain spy menjadi satu litar lengkap.
3. Lukisan skematik boleh diterjemahkan kepada lukisan bergambar.
4. Lukisan bergambar menunjukkan susun atur komponen-komponen sebenar pada bod litar.

Menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar

Lukisan skematik membolehkan kita mengetahui maklumat lengkap tetang cara penyambungan komponen-komponen pada sesuatu projek

Maklumat yang didapati dpd lukisan skematik :
i) Jenis komponen elektronik
ii) Kekutuban kaki komponen
iii)Kedudukan komponen dalam litar

Tiada ulasan: